Cari @ Amanz

Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Pada minggu ini, Naughty Dog mengumumkan mod permainan terbaru untuk multi-pemain kepada Uncharted 4: A Thief’s End sempena pelancaran Uncharted; The Lost Legacy. Manakala, Microsoft menangguhkan sekali lagi permainan Crackdown 3. Square-Enix pula akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan yang dinantikan ramai, Dissidia: Final Fantasy NT.

Tambahan juga, pertandingan Dota 2 buat permainan amatur diumumkan iaitu New Blood Championship. Tidak lupa juga dua kejohanan Dota 2 diumumkan minggu ini oleh Celcom dan juga UMobile. Dan akhir sekali, Iskandar Investment Berhad mengumumkan Academy of Esport khas buat menguasaan E-Sukan di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd