Mingguan Aksiz – Tokyo Game Show 2017

Mingguan Aksiz – Tokyo Game Show 2017

Diterbitkan pada Sep 24, 2017 oleh .

Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Pada minggu ini, sempena acara Tokyo Game Show 2017, Capcom mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan Monster Hunter World dan edisi terhad bersama berkas permainan tersebut. Konami juga akhirnya bakal melancarkan semula Zone Of Enders bersama edisi realiti-maya.

Minggu ini juga Square-Enix mengumumkan permainan baru Left Alive dan juga Noctis bakal tiba di Dissidia Final Fantasy NT. Selain itu, Vanillaware mengumumkan Dragon’s Crown edisi pernambahbaikkan. Bandai Namco pula mengumumkan 3 watak baru bakal tiba di permainan Dragonball FighterZ.

Akhir sekali, Warner Bros akhirnya melancarkan trailer terbaru buat filem Tomb Raider.

Layari : Aksiz – Portal Gaming Anda


TIPS & ULASAN