Informasi Teknologi Terkini

Mingguan Amanz – TM P1, HTC One M8, Office iPad

Diterbitkan pada Mac 29, 2014 oleh

Sepanjang minggu ini, beberapa perkara telah berlaku dalam arena teknologi dalam dan luar negara. Salah satu yang mengejutkan adalah apabila pihak Telekom mengumumkan pelaburan dan pengambilan pegangan sebanyak 57% pada syarikat telekomunikasi P1.

HTC pula telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, HTC One M8, sementara pihak Samsung Malaysia telah melancarkan Samsung Galaxy S5 untuk pasaran Malaysia.

Beberapa perkara lain yang turut berlaku pada minggu ini adalah termasuk pengenalan AMD “Kaveri” di Malaysia, pengenalan Pinterest dengan sokongan Bahasa Malaysia, dan juga aplikasi Microsoft Office untuk iPad yang dilancarkan secara percuma.

Terdapat 3 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. Salam , nak tanya yang htc tu , nisa cakap seawal bulan depan . Awal bulan depan tu , awal bulan april atau bulan mei ? Saya tak sabar nak beli htc m8 ni :D

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN