Informasi Teknologi Terkini

Amanz Di Mobile World Congress 2014

Diterbitkan pada Feb 23, 2014 oleh

Bagi anda yang mengikuti perkembangan dunia peranti mudah-alih, mungkin sedia maklum akan berkenaan dengan acara Mobile World Congress 2014 (MWC 2014) yang akan diadakan sepanjang minggu ini, dan bakal menyaksikan beberapa produk baru diumumkan oleh para pengeluar peranti seluruh dunia.

Mengikut spekulasi dan desas-desus sebelum ini, antara peranti yang dijangka akan diumumkan adalah termasuk Galaxy S5 daripada Samsung, telefon pintar berasaskan Android daripada Nokia, dan juga telefon pintar serta tablet terbaru daripada Sony. Tidak ketinggalan juga beberapa pengeluar lain seperti LG, Huawei dan sebagainya yang bakal memperlihatkan produk mereka.

Jadi, jangan lupa ikuti kami sama ada melalui laman Amanz ini, ataupun melalui saluran YouTube, dimana kami akan berkongsi pelbagai liputan dan pandang pertama peranti – sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Yosh!

Terdapat 19 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. Tahniah Amanz…. Pencetus berita IT Malaysia. Jangan lupa update Galaxy S5 dari MWC 2014.

  2. Amanz… lain kali aku nak ikut leh. Tambang semua sendiri.. Kasi tau la kalau nak gi.. update kt fb

  3. wow….bila la MWC ni nak buat kat malaysia….at least ia boleh menggalakkan pelancongan…tp yg penting kita boleh lihat peranti2 yg canggih ni kat malaysia…

  4. Tahniah… semoga amanz.my terus menjadi laman web informasi gadget dan teknologi berbahasa Malaysia paling top di Malaysia.

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN