Cari @ Amanz

Bagi anda yang mengikuti perkembangan dunia peranti mudah-alih, mungkin sedia maklum akan berkenaan dengan acara Mobile World Congress 2014 (MWC 2014) yang akan diadakan sepanjang minggu ini, dan bakal menyaksikan beberapa produk baru diumumkan oleh para pengeluar peranti seluruh dunia.

Mengikut spekulasi dan desas-desus sebelum ini, antara peranti yang dijangka akan diumumkan adalah termasuk Galaxy S5 daripada Samsung, telefon pintar berasaskan Android daripada Nokia, dan juga telefon pintar serta tablet terbaru daripada Sony. Tidak ketinggalan juga beberapa pengeluar lain seperti LG, Huawei dan sebagainya yang bakal memperlihatkan produk mereka.

Jadi, jangan lupa ikuti kami sama ada melalui laman Amanz ini, ataupun melalui saluran YouTube, dimana kami akan berkongsi pelbagai liputan dan pandang pertama peranti – sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Yosh!

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd