Kerajaan kini telah pra-tonton akan konsep penggunaan rangkaian 5G di Malaysia, sekaligus memperlihatkan pelbagai konsep penggunaan rangkaian berkenaan yang bakal memudahkan pengguna dalam kehidupan seharian. Selari dengannya juga, pihak Huawei telah memperlihatkan beberapa peranti terbaru mereka, iaitu Huawei Mate X dan juga Huawei Mate 20X 5G.
Selain daripada itu, pihak BBM telah mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan penawaran perkhidmatan permesejan berkenaan untuk pengguna awam.
Dan akhir sekali, Xiaomi telah mengintegrasikan sokongan seumpama Digital Wellbeings pada MIUI 11 Beta terbaru.