Oppo dan Vivo, masing-masing telah mengumumkan penawaran terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo F11 dan juga Vivo V15 Pro 8GB RAM. Selain daripada itu, Samsung kini turut mengacah pengenalan Galaxy Fold untuk pasaran Malaysia.
Selain daripada itu, kini maklumat awal berkaitan PlayStation 5 hadir, mengatakan ia bakal membawakan sokongan SSD lebih pantas, kad grafik dengan ciri ray-tracing, selain kebolehan paparan pada resolusi 8K.
Dan akhir sekali, TM kini telah membuka pendaftaran pakej Unifi 300Mbps, dimana pengguna baru boleh membuat pendaftaran pakej ini pada harga RM199 sebulan.