-
3 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Router WiFi 6, Dan Ini Jawapannya!Feb 24, 2021
-
Siri OPPO Reno5 5G – Bukan Sekadar Kamera, Spesifikasinya Juga MantapFeb 23, 2021
-
Detik Epik Setiap Hari Bersama Siri Samsung Galaxy S21 5G!Jan 19, 2021
-
Pandang Pertama : MySpace.com Dengan Rekabentuk BaruDis 1, 2012
-
Akhirnya Peranti Samsung Dilengkapi Dengan Snapdragon 865Okt 26, 2020
-
Stesen Pendaratan Kabel Dasar LautNov 20, 2013
-
Windows 8 – Sistem Operasi Generasi Baru Daripada MicrosoftOkt 29, 2012
#Amanz24 – Siri OPPO R Ditamatkan, Spotify Lite, Huawei MateBook E (2019)
-
-
Huawei bakal hadir dengan penawaran Huawei MateBook E (2019) bersama janaan cip Snapdragon 850. Ia membawakan rekaan komputer dua-dalam-satu, paparan skrin 12-inci selain turut menyertakan sokongan eSIM. Buat masa ini, tiada butiran lanjut mengenai tarikh pelancaran peranti.
Oppo mengumumkan mereka tidak lagi menghasilkan telefon pintar siri Oppo R. Dengan penamatan siri Oppo R, ia tidak akan lagi menerima kemaskini baru kelak. Oppo turut mengatakan bahawa mereka akan memfokuskan kepada pembangunan siri Find X dan Reno untuk siri peranti mercu.
Amazon dijangka bakal hadir dengan perkhidmatan penstriman muzik Amazon Prime Music secara percuma. Versi percuma ini akan hadir dengan sokongan pengiklanan, selain turut menawarkan katalog muzik yang terhad. Namun, pihak Amazon masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan ini.
DBP dijangka akan menawarkan kandungan digital mereka bermula Julai 2019 kelak. Ia akan ditawarkan dalam bentuk pembelian dan juga melalui sistem berasaskan langganan. Kandungan yang ditawarkan akan hadir di dalam sebuah aplikasi, yang mana boleh dimuat-turun oleh pengguna melalui Apple App Store dan Google Play Store.
Spotify dijangka menawarkan aplikasi Spotify Lite untuk pengguna Android di Malaysia. Aplikasi ini tidak menggunakan saiz storan yang besar selain menyertakan sokongan kawalan penggunaan data. Buat masa ini, Spotify Lite masih dilabelkan sebagai beta, dan tiada butiran lanjut mengenai pelancaran rasmi aplikasi ini.