#Amanz24 – Vivo V15 Pro 8GB RAM, Snapdragon 730G, Google Maps Dalam Bangunan

#Amanz24 – Vivo V15 Pro 8GB RAM, Snapdragon 730G, Google Maps Dalam Bangunan

Diterbitkan pada Apr 10, 2019
Berkaitan
Komen
  • Vivo V15 Pro bakal hadir dengan penawaran memori 8GB RAM untuk pasaran tempatan. Sebelum ini, peranti ini telah hadir dengan spesifikasi memori 6GB RAM pada harga RM1799. Untuk keluaran kali ini, ia hadir janaan cip Snapdragon 675, storan sebesar 128GB serta bateri berkapasiti 3700mAh. Namun, harga jualan Vivo V15 Pro masih belum diumumkan.

    Honor turut akan memperkenalkan beberapa peranti mereka dibawah siri Honor 20 pada April ini. Untuk Honor 20i, peranti ini memfokuskan sokongan swafoto. Ia dijangka menampilkan kamera 32-megapixel untuk rakaman swafoto, selain dilengkapi tri-kamera pada bahagian belakang.

    Selain itu, Apple dijangka akan beralih ke teknologi paparan mini LED, bermula dengan produk berasaskan Mac. Menurut DigiTimes, Apple bakal hadir teknologi ini pada model iMac 31.6-inci, MacBook Pro serta iPad. Ketiga-tiga peranti ini dikatakan bakal hadir dengan teknologi mini LED ini menjelang tahun suku ke-empat 2020 atau suku pertama 2021.

    Qualcomm telah memperkenalkan tiga cip pemprosesan terbaru. Cip ini hadir spesifikasi pertengahan, iaitu Snapdragon 665, Snapdragon 730, dan juga Snapdragon 730G. Menurut Qualcomm, pengeluar peranti dijangka hadir dengan pelbagai peranti menggunakan ketiga-tiga cip pemprosesan ini seawal pertengahan tahun 2019 ini.

    Google Maps kini menyokong paparan pemetaan dalam bangunan di Malaysia. Fungsi ini hadir dalam memudahkan pengguna untuk melihat lokasi di setiap aras selain mengetahui maklumat lain seperti nombor kedai dan tempat menarik pada bangunan. Aplikasi ini hadir pada kedua-dua pengguna peranti Android serta iOS. Buat masa ini, ciri ini hanya diaktifkan pada lokasi pusat membeli-belah, Sunway Pyramid sahaja.

    Akhir sekali, Touch N Go dengan kolaborasi EZ-link hadir dengan sebuah kad nirtunai yang menyokong matawang Malaysia dan Singapura, iaitu kad Combi. Kad ini dijangka akan dilancarkan pada suku ke-empat 2019 ini. Ia boleh digunakan pada lebuhraya, jalan raya dan juga di parkir, selain turut akan disokong di beberapa kedai untuk memudahkan bayaran runcit.