Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, beberapa pengumuman menarik telah mengambil tempat, apatah lagi dengan acara BlackBerry Live dan juga Google I/O yang diadakan. Pada BlackBerry Live, selain mengumumkan peranti BlackBerry Q5, pihak BlackBerry turut sama mengumumkan mengenai BBM yang akan hadir untuk Android dan juga iOS.

Selain itu, Google pula pada minggu lepas telah mengadakan acara tahunan mereka, Google I/O 2013. Melaluinya mereka mengumumkan beberapa perkara, termasuk Google Play Games, rekabentuk baru Google+, perkhidmatan permesejan Google Hangout, rekaan paparan baru untuk Google Maps serta beberapa yang lain.

Nokia pula telah mengumumkan Lumia 925 yang baru, dan dalam arena permainan, Gran Turismo 6 telah diumumkan dan akan hadir ke PlayStation 3 pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd