Cari @ Amanz

Pada minggu pertama Jun ini, pelbagai perkara telah diumumkan, apatah lagi dengan acara Computex yang mengambil tempat di Taiwan, menyaksikan pelbagai komputer riba dan tablet diperkenalkan. Pihak Intel turut sama tidak ketinggalan dalam memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, yang dikenali dengan nama kod Haswell.

Selain Intel, pihak Microsoft turut mengambil pentas utama, dimana memperlihatkan beberapa fungsi Windows 8.1, serta mengumumkan perancangan untuk membawakan Outlook 2013 untuk Windows RT.

Beberapa aplikasi baru turut hadir sepanjang minggu ini, termasuk Vine untuk Android, dan GMail dengan inbox baru untuk Android dan iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd