Informasi Teknologi Terkini

Mingguan Amanz – WWDC, E3, Google Waze

Diterbitkan pada June 16, 2013 oleh

Pelbagai perkara menarik telah berlaku dalam arena dunia teknologi tempatan sepanjang minggu lepas, dimana dimulakan dengan pihak Apple dengan acara WWDC 2013, mengumumkan sistem operasi OS X Mavericks dan juga iOS 7.

Selain WWDC 2013, acara tahunan E3 turut mengambil tempat, memperlihatkan pelbagai jenis permainan, disamping pihak Sony yang memperlihatkan konsol PS4, sementara Microsoft pula menunjukkan Xbox 360 yang diberikan nafas baru.

Di Malaysia, pihak Alienware dan juga Logitech memperkenalkan produk mereka untuk pengguna tempatan. Selain itu, salah satu berita yang menarik perhatian ramai adalah apabila Google mengumumkan pengambil-alihan Waze pada awal minggu ini.

Samsung seperti setiap minggu, turut memperkenalkan dua peranti baru pada minggu ini, iaitu Galaxy Ace 3 dan juga Galaxy S4 Zoom.

Terdapat 2 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN