Mingguan Amanz – Windows 8.1 Preview, Xperia Z Ultra

Mingguan Amanz – Windows 8.1 Preview, Xperia Z Ultra

Diterbitkan pada June 29, 2013 oleh .

Pada minggu ini, beberapa pengumuman telah dilakukan oleh beberapa syarikat IT seluruh dunia, terutamanya daripada Sony dan juga Microsoft. Sony pada minggu ini telah memperkenalkan Xperia Z Ultra dan juga jam tangan pintar Sony Smartwatch 2, dimana kedua-duanya dijana menggunakan Android.

Microsoft pula pada minggu ini telah memperkenalkan Windows 8.1 Preview, bersama-sama dengan beberapa aplikasi, termasuk FouSquare, Flipboard dan Facebook yang akan hadir ke platform tersebut. Internet Explorer 11 Preview turut diumumkan pada masa yang sama.

Selain kedua-duanya, Telekom Malaysia mengumumkan akan menghentikan tawaran emel percuma, disamping dikatakan sedang menguji rangkaian LTE di Kedah.

TIPS & ULASAN