Informasi Teknologi Terkini

Sepanjang minggu lepas, terdapat beberapa perkara baru yang diumumkan, daripada gajet, sehinggalah kepada beberapa perisian baru. Bulan Julai dimulakan dengan pengumuman penghentian perkhidmatan Google Reader, membuatkan ramai beralih kepada beberapa perkhidmatan alternatif seperti Digg Reader dan juga Feedly.

Pihak Opera pula telah memperkenalkan pelayar web terbaru mereka berasaskan Chromium, iaitu Opera 15, selain mana pihak Canon turut hadir dengan kamera Canon EOS 70D mereka yang terbaru.

Dari segi gajet pula, pihak Nokia mengumumkan peranti Series-40 terbaru mereka, disamping pihak BlackBerry Malaysia yang melancarkan Q5 untuk pasaran tempatan.

Selain itu, pihak DiGi turut memperkenalkan perkhidmatan 4G LTE mereka untuk beberapa kawasan terhad sekitar Lembah Klang.

Terdapat 1 komen.
Komen Popular
Keseluruhan Komen

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN