Selang dua minggu selepas CES, minggu ini tiada begitu banyak pengumuman peranti baru. Tetapi masih terdapat beberapa perkara menarik berlaku dalam arena IT tempatan.

Di Malaysia, bagi pengguna peranti Lumia 625, Lumia 820 dan juga Lumia 920 – telah mula menerima kemaskini Lumia Black. Tidak ketinggalan adalah pengguna Galaxy Note 3 yang telah mula menerima kemaskini Android 4.4 KitKat. Pengguna iPhone yang menggunakan rangkaian DiGi pula telah mula menerima kemaskini rangkaian yang membolehkan mereka mengaktifkan sokongan LTE pada iPhone mereka kelak.

Tidak ketinggalan adalah pengumuman Astro untuk menyertai arena penerbitan digital, dan Celcom yang mengumumkan kerjasama dengan pihak Astro SuperSport dan juga Fox Sports.

Apple juga turut telah mengaktifkan sokongan iTunes U Course Manager untuk pengguna di Malaysia, selain beberapa peranti baru turut mula dijual dimana antaranya adalah Motorola Moto G dan juga Alcatel OneTouch Idol Hero.

Akhir sekali, beberapa perkhidmatan baru turut hadir dan salah satunya adalah Baboom.com daripada pengasas Mega.

TIPS & ULASAN