Cari @ Amanz

Minggu ini, salah satu perkara yang mengejutkan ramai adalah apabila Google mengumumkan Lenovo akan mengambil-alih Motorola Mobility pada harga $2.91 bilion. Lenovo dilihat akan mengambil-alih bahagian peranti Motorola, sementara majoriti paten akan kekal bersama pihak Google.

Selain itu, Microsoft menjenamakan semula SkyDrive kepada OneDrive, selain BlackBerry telah mula memperkenalkan kemaskini BlackBerry 10.2.1 kepada para pengguna seluruh dunia.

Beberapa aplikasi baru turut diperkenalkan minggu ini, termasuk TonTon Muzik daripada Media Prima Digital, SwiftKey Note untuk iOS, dan juga Facebook Paper.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd