Cari @ Amanz

Pasca-MWC, pelbagai syarikat mula memfokuskan dalam membawakan peranti mereka ke pasaran tempatan. Pada minggu ini, pihak Nokia Malaysia telah memperkenalkan Nokia X di Malaysia, selain mana pihak Sony Mobile telah berkongsi pelbagai peranti yang akan memasuki pasaran Malaysia bermula bulan April ini.

Disamping itu, Microsoft telah memperkenalkan Skype pada Outlook, disamping aplikasi Facebook Messenger yang hadir ke Windows Phone. Pada minggu ini, pihak DiGi turut telah mengaktifkan rangkaian LTE untuk pengguna telefon pintar mereka, disamping turut hadir dengan sebuah pakej baru untuk pelanggan prabayar yang melanggan Mobile Internet.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd