Sepanjang minggu ini, beberapa peranti baru telah memasuki pasaran tempatan, dimana yang menarik perhatian adalah Microsoft Surface 2, Lenovo Vibe Z dan juga Sony Xperia E1 Dual.

Selain peranti baru, kemaskini perisian juga turut hadir, dimana Galaxy S4 menerima Android 4.4.2 KitKat, sementara Instagram hadir dengan paparan antaramuka baru untuk versi Android. Apple turut memperkenalkan kemaskini iOS 7.1, selain pihak VLC memperkenalkan aplikasi versi Windows 8 mereka dalam bentuk beta.

Dunia startup tempatan terus meriah pada minggu ini dengan acara Echeleon, selain beberapa aplikasi baru yang turut diperkenalkan untuk pengguna tempatan.

TIPS & ULASAN