Cari @ Amanz

Google pada minggu ini telah membuat kejutan dengan memperkenalkan Android untuk peranti boleh-pakai dinamakan Android Wear. Bersama-sama dengan pengumuman tersebut, beberapa pengeluar seperti LG dan Motorola turut mengumumkan produk mereka.

Selain Android Wear, beberapa perkara lain turut menarik perhatian, termasuk acara GDC yang menyaksikan beberapa pengumuman menarik, dan juga pengumuman beberapa peranti baru, dan salah satunya adalah Oppo Find 7.

Minggu ini juga turut menyaksikan pihak Twitter menyambut ulang-tahun ke-8 mereka, dimana bersempena dengannya mereka turut menyediakan sebuah halaman khas untuk membolehkan pengguna mengetahui Tweet pertama mereka.

Jadi, untuk anda, apakah berita yang paling menarik perhatian sepanjang minggu lepas?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd