Informasi Teknologi Terkini

Sepanjang minggu lepas, beberapa perkara menarik telah diumumkan, terutamanya daripada Microsoft ketika acara tahunan BUILD 2014 mereka. Antaranya adalah perkongsian mengenai Windows Phone 8.1 yang akan datang, selain kemaskini Windows 8.1 Update yang bakal diperkenalkan minggu ini.

Pada acara sama juga, pihak Nokia memperkenalkan Nokia Lumia 930 dan juga Lumia 630 mereka.

Bercakap mengenai peranti, Samsung turut tidak ketinggalan dengan memperkenalkan Galaxy Tab 4 pada minggu lepas, dan Moto X yang dijangka akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.

Dalam arena web, beberapa perkara baru turut hadir, termasuk Spotify yang memperkenalkan rekabentuk baru untuk perisian mereka, disamping Google yang turut hadir dengan sokongan Google Night Walk, dan memperluaskan sokongan Street View dengan menyertakan Angkor Wat didalamnya.

Jadi, bagi anda, apakah perkara yang amat menarik perhatian pada minggu lepas?

Terdapat 2 komen

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN