Mingguan Amanz – HeartBleed, Windows XP Tamat, Dropbox Carousel

Mingguan Amanz – HeartBleed, Windows XP Tamat, Dropbox Carousel

Diterbitkan pada Apr 13, 2014 oleh .

Sepanjang minggu ini, salah satu topik utama yang menjadi bualan ramai adalah berkaitan dengan sekuriti SSL ataupun dikenali dengan nama “Heartbleed“. Ia dilihat memberikan kesan kepada pelbagai laman-laman popular, dan memerlukan pentadbir laman berkenaan mengemaskini pelayan mereka dalam melindungi data pengguna seluruh dunia.

Selain Heartbleed, perkara lain yang turut menjadi fokus adalah penamatan sokongan Windows XP oleh pihak Microsoft, serta pengenalan Windows 8.1 Update yang memfokuskan pengguna desktop.

Beberapa perkara lain yang turut berlaku pada minggu ini adalah termasuk pengenalan aplikasi Carousel oleh Dropbox, pelancaran Samsung Galaxy S5 dan juga Xperia Tablet Z2 di Malaysia.

TIPS & ULASAN