Cari @ Amanz

Berakhir sudah minggu ketiga April 2014, yang mana menyaksikan beberapa pengumuman dan pelancaran baru – termasuk pengenalan sistem operasi Ubuntu yang terbaru, iaitu Ubuntu 14.04 Trusty Tahr.

Sistem operasi baru daripada Ubuntu ini membawakan sokongan jangka-masa panjang, sesuai untuk para pengguna perusahaan, mahupun pengguna biasa.

Selain daripada Ubuntu, pihak Microsoft pada minggu ini telah memperkenalkan Windows Phone 8.1 kepada para pembangun, membolehkan mereka menggunakannya terlebih dahulu dalam mengoptimasikan aplikasi dan sebagainya.

Beberapa peranti baru turut diperkenalkan pada minggu ini, termasuk Asus Zenfone dan Padfone Mini yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Selain Asus, pihak Brightstar turut telah mula menawarkan Motorola Moto X untuk pasaran tempatan.

Dan akhir sekali, beberapa aplikasi menarik diterbitkan pada minggu ini, dan antaranya adalah Google Camera untuk Android, dan kemaskini Flickr 3.0 untuk Android dan iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd