Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, pihak Microsoft secara rasminya telah mengumumkan pengambil-alihan Nokia oleh Microsoft telah selesai sepenuhnya, sekaligus memperlihatkan beberapa perubahan pada Nokia dan juga Microsoft. Bersama-sama dengannya, Stephen Elop turut akan menyertai Microsoft dan menguruskan bahagian peranti yang turut melibatkan Xbox dan juga Surface.

Selain Microsoft, pada minggu ini turut menyaksikan pengenalan telefon pintar OnePlus One, salah satu telefon pintar daripada pengeluar baru yang menggunakan CyanogenMod, serta menawarkannya pada harga kompetitif. Apa pun, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Beberapa berita lain yang turut menarik perhatian pada minggu ini adalah termasuk pengumuman pertandingan Doogle 4 Google Malaysia, pengenalan OS X Beta untuk semua pengguna, dan juga pengenalan nama kod untuk Ubuntu 14.10.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd