Cari @ Amanz

Minggu lepas merupakan minggu yang padat dengan kemaskini teknologi terutamanya berkenaan telefon pintar. Melalui sesi khas dengan Hugo Barra, Xiaomi akan hadir dengan telefon mereka Xiaomi Mi 3 dan Mi Powerbank pada 20 Mei dan membawakan harga yang sangat berpatutan. HTC Malaysia pula telah memulakan penjualan HTC One M8 dan turut mengumumkan Desire 816 dan Desire 610.

Terdapat ketirisan paparan antaramuka Blackberry 10.3 yang menunjukkan paparan visual mendatar (FlatUI) dan ini semestinya menguatkan trend FlatUI yang popular pada tahun ini. Google dalam inisiatif Google for Education turut mengumumkan Google Classroom yang akan membantu pembelajaran didalam kelas.

Antara berita lain termasuklah aplikasi khusus dari Maxis untuk memantau penggunaan data dan juga TonTon Music yang bakal hadir dengan harga langganan untuk khidmat penstriman lagu, sekaligus bakal memberikan cabaran buat perkhidmatan penstriman lagu yang lain yang popular di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd