Informasi Teknologi Terkini

Pada minggu ini, salah satu fokus utama adalah pada Google I/O 2014, dimana pihak Google memperlihatkan fokus mereka kepada antaramuka baru Material Design, dan juga membawa Android ke lebih banyak peranti.

Antara perkara yang diumumkan Google termasuk Android “L” Preview, inisiatif Android One, Android Wear untuk peranti boleh-pakai, Android TV untuk ruang tamu, Android Auto untuk kenderaan, dan juga beberapa kemaskini berkaitan Google Drive dan juga Chromebook.

Disamping itu, di Malaysia, beberapa peranti baru telah dilancarkan termasuk Galaxy Tab S, BlackBerry Z3, dan Xiaomi telah mengumumkan Redmi 1S dan juga Redmi Note untuk pasaran tempatan.

Beberapa aplikasi baru turut menjadi fokus utama pada minggu ini, termasuk antaranya adalah Aviate daripada Yahoo!, dan juga aplikasi Starbucks dan Maybank Pay 2U Snap&Sell.

Terdapat 2 komen

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN