Informasi Teknologi Terkini

Minggu ini menyaksikan pengenalan beberapa peranti baru, dan yang menarik perhatian ramai adalah telefon pintar terbaru daripada Xiaomi, iaitu Mi4. Hadir dengan spesifikasi terkini, peranti ini dijangka akan hadir dengan harga dibawah RM1100 untuk pasaran tempatan.

Menariknya, pihak Xiaomi turut hadir dengan kejutan dan memperkenalkan gelang tangan pintar yang akan dijual pada harga sekitar RM40.

Beberapa peranti lain yang diperkenalkan untuk minggu ini adalah Lumia 530, NVIDIA Shield Tablet, serta Acer Liquid E3 dan juga Redmi Note untuk pasaran tempatan.

Dalam arena dunia perisian, Moto G dan Xiaomi Mi3 telah menerima kemaskini KitKat, selain pihak Apple yang mengumumkan pengenalan OS X Yosemite Beta kepada umum.

Pihak Gameloft juga telah memperkenalkan permainan Modern Combat 5 pada minggu ini, selain Facebook yang mengumumkan sokongan Facebook Save untuk web, Android dan iOS.

Terdapat 22 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. wooaa cant stop my eyes looking at u zahira. tp mcm da berpunye je.. huhu btw better than nisa. mohon tuka tag line. muak ah

  2. nak biodata aweks ni…sbb sblm ni ade amanz ade column utk writer baru dgn siap biodata..amanz tolong laa..tolong la…<3

  3. Selamat pengantin baru Puan Zahira
    semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

  4. Have to say host baru ni lebih menarik cara penyampaian berbanding Nisa. Mohon kekalkan, tapi letakkan Nisa untuk bahagian lain maybe acara konvensyen ke semua tu

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN