Cari @ Amanz

Sepanjang minggu lepas, boleh dikatakan agak kurang berita daripada arena teknologi tempatan disebabkan oleh cuti raya, namun masih terdapat beberapa perkara baru yang diumumkan oleh gergasi antarabangsa untuk pasaran global.

Salah satunya adalah pihak Microsoft yang mengumumkan kemaskini Windows Phone 8.1 Update bakal hadir tidak lama lagi yang akan menyertakan sokongan folder, dan beberapa perkara lain.

HTC pula telah memperkenalkan aplikasi HTC J Butterfly mereka untuk pasaran tempatan, selain dilihat menjadualkan sebuah acara khusus pada bulan ini untuk pelancaran sebuah peranti baru.

Disamping itu, Amazon turut telah melancarkan Amazon AppStore untuk pasaran tempatan, disamping beberapa aplikasi lain yang turut telah dikemaskini dan diperkenalkan pada minggu ini. Salah satu aplikasi popular yang turut hadir baru-baru ini adalah BBM untuk Windows Phone yang sedia diuji dalam bentuk beta oleh semua pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd