Informasi Teknologi Terkini

Sepanjang minggu ini, beberapa perkara telah diperkenalkan di Malaysia, dan salah satu yang menarik perhatian ramai adalah pengenalan perkhidmatan jalur-lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi daripada pihak Telekom Malaysia.

Dinamakan sebagai TMgo, perkhidmatan 4G tersebut telah diperkenalkan di Kedah, dan akan diperluaskan ke beberapa kawasan lain secara berperingkat.

Disamping itu, pihak Uber turut telah memperkenalkan UberX di Kuala Lumpur yang mana membawakan harga tempahan kereta yang lebih rendah berbanding teksi bajet biasa.

Beberapa berita lain yang turut mewarnai arena teknologi pada minggu ini adalah termasuk pengenalan Lenovo Vibe Z2 Pro, pengumuman Galaxy Note 4 yang dijadualkan pada 3 September, dan Apple iPhone 6 yang dikatakan akan hadir pada 9 September kelak.

Terdapat 16 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. askm amanz,nak tanya video ni capture dgn dslr ke?edit dgn software apa?semasa selingan info tu,hos baca depan kamera atau direkod semula(diadun semula) suara?kalau boleh buat

    • – video ni rekod pakai DSLR. Canon 600D. Lens pakai yg biasa je. Setting 1920×1080 NTSC 30fps.
      – edit menggunakan Apple iMovie.
      – hos baca depan kamera pada tempat sama. Ikut situasi kadang-kadang terpaksa rekod asing tapi tak prefer sebab nanti noise print/bunyi tona berbeza.
      – kalau boleh buat apa yg tak habis tu hehe. tutorial?

      • Concern betul orang dengan hal technical-related utk video-clip shooting amanz ni.

        Pernah dulu saya terserempak dgn team amanz buat shooting Nisa di Shah Alam. Tapi, saya tak ganggu la, time tu.

        Mungkin lepas ni, amanz.my boleh buat klip ‘the making of Mingguan Amanz’ pula. Mungkin ada perkara yang lebih menarik untuk dikongsi lagi.

        Sekadar pandangan…

        Apa-apa pun terima kasih kpd Tekong, dengan perkongsian pengalaman/info ni.

        • 1-hasil yang menarik sentuhan dslr,sebab kadang2 ada baca dslr vs videocam ni ada light bla bla…x ingat mn psl tu.
          2.apple imovie?kalau guna windows software apa yang best,yang senang rendering?
          3.Kadang2 perasan gak tona suara lain kadang-kadang,sebab tu tanya.Masa baca tu tgk whiteboard ke?
          4.kalau boleh buat apa?mestilah tutorial.Hebat orang yang edit ni.Walaupun durasi dalam 2-3 minit tapi yang edit buat kerja lebih dari itu.
          5.Aku setuju en macbook,mohon buat di sebalik tabir mingguan amanz sebagai selingan minggu depan.

          p/s:sebelum terlupa berapa lama buat kerja edit ni?start dari rekod,edit,proses akhir?

          Mohon maaf jika terlalu banyak pertanyaan,salam syawal.Yosh

          • eh takde masalah tanya.

            – DSLR problemnya adalah focusing. 600D takde auto fokus jadi kena main dengan focus ring. problem pula bila memutar focus ring tu kadang2 lens boleh bergerak. saya lagi suka kalau ada video cam pegang pun sedap.
            – aman guna windows movie maker je tak silap
            – skrip kat henpon. tu sbb banyak masa nisa/zahira nampak pegang phone kat tangan. kemudian bila bercakap untuk yg pandang kamera, kalau diorang lupa terus tengok phone. bila time edit akan start dari mata diorang tengok phone untuk ganti footage
            – haha tutorial macam basic. tengoklah kalau sempat. tapi ni basic editing je. takde composting.
            – biasa ambil masa 2-3 jam. sebab first rough cut edit suara ngan babak pandang. kemudia baru buang part sela nafas sebab video kena kurang 5 minit. pastu baru selit footage product semua.

    • alalala. tomei tomei.setuju nagn ko banda. sebut yosh tu lagi comei:-)
      nisaaaa. bila nk come back ni?

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN