Cari @ Amanz

Sepanjang minggu ini, beberapa perkara telah diperkenalkan di Malaysia, dan salah satu yang menarik perhatian ramai adalah pengenalan perkhidmatan jalur-lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi daripada pihak Telekom Malaysia.

Dinamakan sebagai TMgo, perkhidmatan 4G tersebut telah diperkenalkan di Kedah, dan akan diperluaskan ke beberapa kawasan lain secara berperingkat.

Disamping itu, pihak Uber turut telah memperkenalkan UberX di Kuala Lumpur yang mana membawakan harga tempahan kereta yang lebih rendah berbanding teksi bajet biasa.

Beberapa berita lain yang turut mewarnai arena teknologi pada minggu ini adalah termasuk pengenalan Lenovo Vibe Z2 Pro, pengumuman Galaxy Note 4 yang dijadualkan pada 3 September, dan Apple iPhone 6 yang dikatakan akan hadir pada 9 September kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd