Cari @ Amanz

Dunia peranti mudah-alih terus rancak dari minggu ke minggu, dimana pada minggu ini beberapa peranti baru turut telah diumumkan. Salah satu yang menarik perhatian adalah Samsung Galaxy Alpha yang mana mula menggunakan konsep rekaan baru daripada Samsung – menggunakan bingkai berasaskan logam untuk pengalaman penggunaan lebih menarik.

Di Malaysia pula, beberapa peranti baru turut telah diumumkan, termasuk Moto E, HTC One E8, Lumia 530 dan juga Xperia T3. Kesemuanya telah mula dijual, dan boleh didapati daripada para pengedar rasmi di Malaysia.

Dunia aplikasi mudah-alih juga terus meriah, dengan beberapa aplikasi baru hadir, termasuk penerbitan Swarm daripada FourSquare untuk Windows Phone, selain pihak Line yang turut hadir dengan aplikasi khusus untuk tujuan selfie.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd