Informasi Teknologi Terkini

Sepanjang minggu ini, beberapa peranti baru telah diperkenalkan, dimana salah satu yang menarik perhatian adalah HTC Butterfly 2 – iaitu peranti HTC generasi ketiga yang turut hadir dengan sokongan kalis air dan HTC Duo Camera.

Disamping itu, HTC turut memperkenalkan HTC One M8 versi Windows Phone 8.1 untuk negara Amerika Syarikat. Sony turut tidak ketinggalan pada minggu ini, dimana mereka telah memperkenalkan Xperia M2 Aqua dengan sokongan kalis-air, dan juga sebuah kamera memfokuskan selfie yang dinamakan sebagai Cyber-shot DSC-KW1.

Xiaomi yang kian meningkat popularitinya, pada minggu ini telah memperkenalkan MIUI 6, iaitu antaramuka dan sistem operasi baru daripada mereka.

Selain peranti, pada minggu ini beberapa aplikasi baru turut hadir, termasuk salah satunya adalah Swing Copters daripada pembangun Flappy Birds sebelum ini. Selain Swing Copters, beberapa aplikasi lain turut dikemaskini, termasuk pihak Yes yang mengemaskini antaramuka Yes Life Web.

Terdapat 21 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. pihak amanz dilaporkan telah bereksperimentasi dengan pengacara pengacara baru untuk memilih yang terbaik,namun pembaca tetap menginginkan nisa kay sebagai pengacara,yosh – sumber,bertidakbernama

  2. Satu yang aku respek amanz nie…penyampai dier semua pakai hijab dgn cara yang betul….dan come2 lako wakaka

  3. salam.. mula2, maaf jika terasa….

    maybe atau pasti ada sebab Kenapa perempuan itu adalah perhiasan dunia sperti dlm ayat quran…dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah…

    perkara yang saya nak timbulkan di sini adalah ada ayat quran melarang perempuan mengeluarkan suara yang merayu2 kerana nak elakkan dari gangguan lelaki yang ada penyakit dalam hati, penyakit syahwat… jika suara sahaja boleh mempengaruhi gelojak nafsu seorang lelaki terutamanya yang belum kahwin apatah lagi luarannya…

    so fikir-fikirlah tindakan selanjutnya apa perlu dibuat..banyak lelaki di luar sana… perhiasan bukan untuk dipertontonkan sebegitu sahaja apatah lagi zaman teknologi media sosial kini yang boleh like, share, donlod dan pelbagai lagi…. jadilah seorang lelaki yang memelihara segala “perhiasan” dibawah jagaan walau bukan “miliknya”..

    itu je pendapat saya yang kerdil ni..banyak perbahasan lagi perkara ni..saya sentuh sikit je..

    maaf sekali lagi..
    #saya tak tengok… saya takut…

  4. assalam..

    wanita bukan tak boleh beraktiviti di luar namun ada had2nya..sebab tu, ada pelbagai dalil yang melarang perempuan buat itu dan ini berbanding lelaki.begitu juga tentang aurat, aurat perempuan lebih kompleks dan banyak peraturan… semuanya demi memelihara maruah dan keselamatan para wanita itu sendiri setelah diperkotak-katikkan maruah mereka sebelum kedatangan Islam..pelbagai peraturan ini juga untuk menjaga kepentingan keharmonian masalah sosial di dalam masyarakat….

    pd pendapat paling lemah,muka tak wajib tutup.kebanyakan kita ikut pendapat ni. para wanita boleh sahaja bekerja di sebalik tadbir…tp betapa dengan melihat muka sahaja, hati lelaki dah kahwin pun boleh bergetar dan bergelojak.. apatah lagi belum kahwin… tengok je pada ruangan komen… ~_^.. saya rasa majoriti pembaca web berita ICT kesayangan ramai ni adalah lelaki bujang….macam saya juga….

    maka, terserah pada pihak pengurusan… perkara ni tak wajib pada pendapat yang lemah… semuanya bergantung pada keimanan kita dan keyakinan kita bahawa sistem Islam merangkumi segala aspek kehidupan walau teknologi semakin canggih dan sentiasa pantas berubah sesuatu teknologi… namun Islam juga menitik beratkan penjagaan dan keharmonian sistem sosial masyarakat setiap waktu dan ketika..

    mungkin salah satu solusinya adalah boleh joint venture dengan pelbagai kolej dan universiti yang mengajar pelajaran mass comm, penyiaran dan seangkatan dengannya… besar prospek tu.. pelbagai projek boleh buat, masuk surat khabar (PR), dan kita tekankan kenapa pihak Amanz.my hanya nak lelaki je jadi penyampai video…

    boleh juga buat subtitle bahasa melayu dan bahasa inggeris untuk prospek dalam dan luar negara dan untuk masyarakat OKU pendengaran…. boleh juga cuba minta video pelajar atau rakyat Malaysia di luar negara atau pelajar asing yang belajar bahasa melayu di luar negara menyiarkan trend ICT semasa di negara masing-masing…perlahan2 masyarakat akan terima dan faham mengerti hasrat kita… mereka akan lihat keindahan Islam dalam perkara ini…

    jika Amanz.my menjadi perintis perkara baik ini, maka pihak Amanz.my akan dapat pahala yang sama juga jika orang lain ikut jejak langkah itu… ada hadis berkenaan perkara ini.. dalil quran lain bahawa Allah akan tolong mengukuhkan kita yang menolong menegakkan agamaNya (surah muhammad:ayat 7) dan pasti ada jalan keluar bagi orang bertakwa (surah at-talaq:ayat 2)

    akhir sekali, ini sekadar pendapat saya yang lemah berdasar bbrapa kaedah dari beberapa dalil…rujuk ustaz2 lain yg mgkin ada pndapat lain yg lebih kukuh…

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN