Cari @ Amanz

Sepanjang minggu ini, beberapa peranti baru telah diperkenalkan, dimana salah satu yang menarik perhatian adalah HTC Butterfly 2 – iaitu peranti HTC generasi ketiga yang turut hadir dengan sokongan kalis air dan HTC Duo Camera.

Disamping itu, HTC turut memperkenalkan HTC One M8 versi Windows Phone 8.1 untuk negara Amerika Syarikat. Sony turut tidak ketinggalan pada minggu ini, dimana mereka telah memperkenalkan Xperia M2 Aqua dengan sokongan kalis-air, dan juga sebuah kamera memfokuskan selfie yang dinamakan sebagai Cyber-shot DSC-KW1.

Xiaomi yang kian meningkat popularitinya, pada minggu ini telah memperkenalkan MIUI 6, iaitu antaramuka dan sistem operasi baru daripada mereka.

Selain peranti, pada minggu ini beberapa aplikasi baru turut hadir, termasuk salah satunya adalah Swing Copters daripada pembangun Flappy Birds sebelum ini. Selain Swing Copters, beberapa aplikasi lain turut dikemaskini, termasuk pihak Yes yang mengemaskini antaramuka Yes Life Web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd