Cari @ Amanz

Sepanjang minggu ini acara IFA Berlin telah berlangsung, dan memperlihatkan pelbagai peranti baru diperkenalkan. Samsung telah memperkenalkan 4 peranti baru iaitu phablet Galaxy Note 4, phablet dengan skrin melengkung pada penghujungnya iaitu Galaxy Note Edge, jam tangan pintar dengan kad SIM Gear S dan peranti realiti maya Gear VR.

Selain itu Sony turut memperkenalkan keluarga Z3 terbaru mereka yang terdiri dari Xperia Z3, Xperia Z3 CompactXperia E serta Xperia Z3 Tablet Compact . Mereka turut memperkenalkan 2 peranti boleh pakai iaitu jam tangan pintar Sony Smartwatch 3 dan juga Smartband Talk dengan e-ink. Mereka juga turut hadir dengan peranti lensa kamera yang boleh disesuaikan dengan telefon pintar, iaitu QX1 yang boleh ditukar ganti dengan lensa siri Alpha dan QX 30 yang boleh memfokus sehingga 30 kali ganda.

Asus pula tidak mengumumkan sebarang peranti telefon pintar, namun hadir dengan ZenWatch yang mendapat perhatian ramai. Ia turut dikuasakan oleh ZenUI. Lenovo telah melancarkan Vibe X2 yang membawakan rekaan menarik dengan kerangka berlapis. Microsoft telah mengumumkan Lumia 730, Lumia 735, Lumia 830 iaitu peranti flagship dan kemaskini Lumia Denim yang membolehkan Cortana sentiasa beroperasi dan rakaman video 4K untuk semua peranti Lumia.

Di arena tempatan, pihak SNS tampil dengan tablet Joi8 yang pertama menerima Windows 8.1 untuk pasaran tempatan dan dijual pada harga RM499. Animonsta pula telah menandatangani perjanjian dengan pengeluar permainan terkemuka TOMY untuk bekerjasama dalam siri akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd