Cari @ Amanz

Pada minggu ini, boleh dikatakan Apple menjadi fokus utama dengan pengenalan dua telefon iPhone mereka yang baru, selain turut mengumumkan sebuah jam tangan pintar mereka yang akan mula dijual bermula tahun 2015 kelak.

Disamping itu, pada minggu ini juga menyaksikan beberapa perkembangan dalam dunia ICT tempatan, dimana pihak UMobile mengumumkan penambahan tapak untuk sokongan 3G dan LTE mereka, disamping satelit Measat-3B yang turut telah dilancarkan secara rasmi selepas penangguhan sebelum ini.

Beberapa peranti baru turut memasuki pasaran tempatan secara rasminya, termasuk Galaxy Mega 2 daripada pihak Samsung, selain mereka menjadualkan acara pelancaran untuk Galaxy Alpha pada minggu hadapan – pada tarikh sama dengan pelancaran HTC Butterfly 2 oleh pihak HTC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd