Cari @ Amanz

Sepanjang minggu ini, beberapa peranti baru telah dilancarkan untuk pasaran tempatan, dimana antaranya adalah Zenfone 6 versi baru, Galaxy Alpha dan juga HTC Butterfly 2.

Selain daripada itu, minggu ini turut menyaksikan pihak Microsoft mengambil-alih pembangun permainan Mojang yang dikenali untuk Minecraft pada harga $2.5-bilion. Apple pula pada minggu ini telah memperkenalkan iOS8 untuk beberapa peranti mereka, selain mana pihak Steam yang telah mula memperkenalkan sokongan paparan harga permainan dalam Ringgit Malaysia.

Beberapa perkara lain yang turut berlaku pada minggu ini adalah termasuk masalah kabel AAG yang mana mengakibatkan akses internet ke beberapa web menjadi perlahan – dan dijangka akan selesai sepenuhnya menjelang awal Oktober kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd