Informasi Teknologi Terkini

Menjadi fokus utama pada minggu ini adalah pengenalan Windows 10 oleh Microsoft, dimana ia membawa pelbagai pembaharuan, disamping turut menjadikannya permulaan untuk satu sistem operasi untuk pelbagai saiz peranti.

Disamping itu, turut menarik minat ramai pada minggu ini adalah pengenalan Street View dengan lebih meluas di Malaysia, dimana Google mengatakan kini lebih 90% jalan raya diliputi oleh sokongan tersebut – disamping turut membawa sokongan sama ke beberapa lokasi percutian disekitar Malaysia.

Beberapa peranti baru turut telah diperkenalkan pada minggu ini, dimana antaranya adalah GoPro Hero4+ dengan sokongan rakaman 4K, selain pihak Samsung yang turut hadir dengan Galaxy Grand Prime, dan Honor yang hadir dengan Honor 6 untuk pasaran Malaysia.

Terdapat 3 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN