Mingguan Amanz – Android 5.0 Lolipop, Galaxy Note 4, iMac 5K Retina

Mingguan Amanz – Android 5.0 Lolipop, Galaxy Note 4, iMac 5K Retina

Diterbitkan pada Okt 18, 2014 oleh .

Pada minggu ini, pihak Google telah secara rasminya melancarkan Android 5.0 Lolipop, dimana bersama-sama dengannya, mereka turut sama memperkenalkan tiga peranti baru, iaitu tablet dengan cip 64-bit – Nexus 9, phablet Nexus pertama – Nexus 6, dan peranti Android TV daripada Asus – Nexus Player.

Selain Google, Apple turut sama telah memperkenalkan sejumlah produk baru pada minggu ini, termasuk iPad Mini 3, iPad Air 2, iMac 5K Retina, dan juga Mac Mini. Mereka turut menawarkan OS X Yosemite kepada pengguna umum yang mana membawakan antaramuka yang baru dan integrasi menyeluruh dengan iOS.

Di Malaysia pula, pada minggu ini Samsung secara rasminya telah melancarkan Galaxy Note 4 untuk pasaran Malaysia, sekaligus membawa phablet Android terkemuka tersebut dengan sokongan S-Pen, dan dilengkapi pelbagai ciri-ciri baru dan TouchWiz yang dikemaskini. Samsung turut sama akan menawarkan Gear Circle dan juga Gear S untuk pasaran Malaysia.

TIPS & ULASAN