Informasi Teknologi Terkini

Mingguan Amanz – Oppo N3, Microsoft Band, Lenovo Motorola

Diterbitkan pada November 1, 2014 oleh

Oppo pada minggu ini telah mencuri perhatian ramai pengguna dengan memperkenalkan sebuah telefon pintar dengan sokongan kamera berputar depan dan belakang secara automatik dinamakan Oppo N3. Bersama-sama dengannya, peranti Oppo R5, telefon pintar paling nipis didunia turut diperkenalkan.

Bercakap mengenai peranti, pihak Microsoft pada minggu ini telah memperkenalkan peranti boleh-pakai mereka tersendiri dinamakan Microsoft Band, dan juga platform mengkhususkan kepada kesihatan dan kecergasan dinamakan Mirosoft Health. Microsoft memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan ini pada plebagai platform dan tidak khusus untuk satu platform sahaja seperti penyedia lain.

Disamping itu, dalam dunia peranti juga, pihak Lenovo secara rasminya telah mengambil-alih Motorola, dan ia akan beroperasi sebagai subsidiari berasingan dibawah Lenovo.

Beberapa berita yang melibatkan pengguna tempatan adalah termasuk pengumuman Pos Malaysia yang mengatakan mereka tidak lagi akan mengendalikan penghantaran bateri litium menggunakan mel udara, disamping SSM yang mula menekankan penggunaan nombor pendaftaran syarikat pada laman sosial milik perniagaan. Salah satu perkhidmatan baru yang hadir ke arena tempatan pada minggu ini adalah Raku daripada Astro yang memfokuskan kepada penawaran radio dan podcast melaluinya.

Terdapat 3 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN