Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus mula dijual secara rasmi di Malaysia, dimana ia ditawarkan pada harga bermula RM2399 dan dijual oleh Maxis, Celcom, DiGi dan turut dijual oleh para pengedar rasmi di Malaysia.

Google juga pada minggu ini telah mengemaskini pelbagai aplikasi mereka dengan rekaan Material Design, termasuk Google Maps untuk iOS dan Android, selain GMail, Google Calendar, dan Google Drive.

Salah satu perkara yang menjadi perbualan hangat pada minggu ini adalah penggunaan WhatsApp dengan tanda biru, yang mana menunjukkan sesuatu mesej telah pun dibaca oleh penerima.

Di Malaysia, beberapa peranti baru telah dilancarkan, termasuk Yoga Tablet 2, komputer riba Yoga Pro 3, dan juga komputer riba terbaru daripada HP. Disamping itu, pihak AirAsia juga turut telah memperkenalkan sokongan WiFi dalam penerbangan, dimana ia memfokuskan lebih kepada permesejan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd