Cari @ Amanz

Sepanjang minggu lepas, beberapa perkara menarik telah berlaku dalam arena teknologi. Seperti biasa, beberapa peranti baru telah memasuki pasaran tempatan, termasuk iPad Air 2, iPad Mini 3, Lenovo Vibe Z2 Pro dan juga Alienware Area-51. Oppo N3 dan juga Honor 3C Lite pula telah dibuka pra-tempahannya di Malaysia.

Selain peranti, beberapa aplikasi telah menerima kemaskini, termasuk WhatsApp dengan kebolehan menambah pentadbir baru pada WhatsApp Group, dan juga YouTube turut telah memperkenalkan kebolehan mengubah URL yang selari dengan nama pengguna Google+.

Beberapa perkara lain khusus untuk warga tempatan adalah dimana Astro mengumumkan kenaikkan harga saluran HD, dan juga masalah pelayaran web ke laman-laman web di Eropah kerana kerosakkan kabel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd