Informasi Teknologi Terkini

Mingguan Amanz – CES 2015

Diterbitkan pada Jan 11, 2015 oleh

Sepanjang minggu lepas, acara Consumer Electronic Show yang diadakan di Las Vegas telah mencuri perhatian ramai, dengan pelbagai pengumuman produk baru diadakan – meliputi daripada televisyen, sehinggalah kepada telefon, komputer riba, dan juga pelbagai peralatan elektrik seperti mesin basuh dan sebagainya.

Dari segi peranti mudah-alih yang mendapat perhatian adalah termasuk pengenalan LG G Flex 2, dan juga Zenfone 2, selain komputer riba berasaskan Intel Core generasi kelima turut mencuri perhatian. Sejumlah televisyen telah diperkenalkan, termasuk berasaskan kepada Android TV, Firefox OS, dan juga Tizen.

Kebanyakkan produk baru ini dijangka akan memasuki pasaran tempatan secara berperingkat, malah terdapat segelintir daripadanya yang telah pun mula ditawarkan di pasaran tempatan.

Terdapat 4 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN