Cari @ Amanz

Pada minggu ini, sejumlah produk baru telah diumumkan untuk pasaran global dan juga tempatan. Menarik perhatian ramai adalah pengumuman telefon pintar terbaru daripada Xiaomi yang dikenali sebagai Mi Note.

Mi Note merupakan phablet daripada Xiaomi dengan rekaan kaca melengkung pada bahagian hadapan dan juga belakang, serta membawakan pelbagai spesifikasi terkini.

Disamping itu, Dell pada minggu ini turut telah mempertontonkan dan melancarkan sejumlah produk untuk pasaran tempatan, dan salah satunya adalah Dell XPS 13 dengan rekaan bahagian tepi skrin yang nipis.

Beberapa produk lain yang turut diumumkan adalah telefon pintar daripada Samsung iaitu Samsung A7 berasaskan Android, dan juga Samsung Z1 berasaskan Tizen.

Dalam arena permainan pula, pada minggu ini kita dapat menyaksikan pihak Rockstar sekali lagi mengumumkan penangguhan untuk permainan GTA V untuk PC – tetapi pada masa yang sama turut mengumumkan mereka akan membawakan sokongan 4K pada permainan berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd