Cari @ Amanz

Pada minggu ini, salah satu topik utama adalah daripada Microsoft, iaitu berkaitan dengan Windows 10. Mereka secara rasminya memperkenalkan beberapa fungsi baru pada Windows 10 – termasuk sokongan Cortana ke desktop, sebuah pelayar web baru dinamakan Spartan, serta kemaskini pada antaramuka dan menu Start.

Disamping itu, pihak Microsoft turut memperlihatkan sokongan holografik melalui sistem operasi Windows 10 terbaru, selain aplikasi yang selari pada telefon pintar dan komputer.

Minggu ini juga, satu lagi topik yang hangat dibincangkan adalah berkaitan dengan WhatsApp Web, dimana aplikasi permesejan yang disukai ramai kini turut boleh digunakan pada Google Chrome dengan mudah.

Beberapa perkara lain yang turut berlaku pada minggu ini adalah termasuk pengenalan kemaskini Android 5.0 Lolipop untuk HTC One M8 dan juga Moto G 2013 di Malaysia. Beberapa aplikasi turut menerima kemaskini pada minggu ini, termasuk antaranya adalah Chrome dan juga Spotify.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd