Informasi Teknologi Terkini

Pada minggu ini, sejumlah produk baru telah diperkenalkan untuk pasaran tempatan, termasuk antaranya adalah HP Pavilion Mini – komputer bersaiz mini daripada HP, Galaxy Note Edge – peranti Samsung dengan skrin pada bahagian tepi, dan juga HTC Nexus 9 – tablet Nexus daripada pihak HTC.

Disamping itu, sejumlah produk baru turut telah diumumkan untuk pasaran global, dimana salah satu yang menarik perhatian adalah Raspberry Pi 2 yang menyokong Windows 10, selain lensa-kamera daripada Olympus.

Microsoft pada minggu ini pula telah memperkenalkan Office Preview untuk Windows 10, sekaligus membolehkan pengguna Windows 10 Preview untuk turut mencuba perisian pejabat percuma daripada Microsoft.

Terdapat 3 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. Background music untuk liputan produk gajet mula-mula ada, lepas tu terus senyap… akhirnya cuma musik penutup.

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN