Pada minggu ini, Qualcomm telah memperkenalkan empat cip pemprosesan baru, yang mana hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE, selain separuh daripadanya yang hadir dengan sokongan rakaman 4K.

Hangat diperkatakan pada minggu adalah berkaitan ancaman sekuriti yang dibawakan disebabkan oleh pemasangan perisian Superfish pada komputer riba Lenovo. Pihak Lenovo sejak daripadanya telah pun mengeluarkan perisian khusus untuk membuang perisian tersebut, sekaligus mengatasi masalah sekuriti yang dibawakan olehnya.

BlackBerry pula pada minggu lepas telah memperkenalkan kemaskini BlackBerry 10.3.1 untuk peranti BlackBerry 10, sekaligus menawarkan sejumlah fungsi baru termasuk kebolehan untuk memasang aplikasi Android dengan mudah melalui Amazon AppStore.

Adobe pada minggu lepas turut meraikan ulang-tahun ke-25 untuk Photoshop, selain LINE yang telah pun memperkenalkan akaun khusus untuk jenama. Twitter juga turut telah mengemaskini TweetDeck dengan menambah sokongan TweetDeck Team untuk pengurusan akaun jenama dan organisasi dengan mudah.

TIPS & ULASAN