Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Pebble yang sedia terkenal dengan penawaran jam tangan pintar hadir dengan sebuah lagi jam tangan pintar baru dinamakan Pebble Time, dan hadir dengan sokongan skrin berwarna tetapi mengekalkan masa bertahan baterii sehingga 7 hari.

Disamping itu, Motorola pada minggu ini telah memperkenalkan Moto E yang dilengkapi dengan sokongan rangkaian LTE, selain skrin bersaiz besar dan kemaskini sesifikasi lain.

Piawaian HTTP/2 juga kini telah lengkap dibangunkan dan menunggu pengesahan sebelum ia digunakan secara meluas. Melaluinya, ia ingin menawarkan akses ke sesuatu web yang lebih pantas berbanding dengan piawaian sedia ada.

Selain itu, minggu ini turut menyaksikan aplikasi YouTube Kids dilancarkan, selain Opera Max Pass, serta pengumuman penangguhan GTA V untuk PC turut hadir pada mingu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd