Carian
Mingguan Amanz – Macbook 12-inci, Apple Watch, Redmi 2
March 14, 2015 Aman

Minggu ini kita dapat menyaksikan pihak Apple mengumumkan beberapa produk baru mereka, dan menjadi perhatian adalah Apple Watch dan juga Macbook 12-inci yang baru. Apple Watch merupakan jam tangan pintar daripada Apple dengan beberapa fungsi khusus, termasuk kebolehan menjawab panggilan, melihat notifikasi dan pelbagai fungsi lain.

Sementara Macbook 12-inci pula merupakan komputer riba terbaru daripada Apple, hadir dengan rekaan yang nipis, dan menjadi fokus utama adalah masa bertahan bateri yang lama disebabkan penggunaan Intel Core M, selain pada masa yang sama hanya hadir dengan satu slot sahaja, iaitu USB Type-C. Apple juga turut melengkapkan ia dengan penggunaan Force Touch pada komputer riba berkenaan, menggantikan penggunaan trackpad biasa.

Beberapa perkara lain yang turut menarik perhatian pada minggu ini adalah termasuk pengumuman Android 5.1 Lolipop oleh pihak Google, dan beberapa peranti baru yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia – termasuk Moto E, dan juga Xperia E4.

Komen