Informasi Teknologi Terkini

Pada minggu ini, kad SIM 1Malaysia telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia, sekaligus menjadi salah satu penawaran telekomunikasi baru di pasaran. Disamping itu, Digi dan UMobile turut mengemaskini beberapa pelan mereka, dan hadir dengan penawaran lebih kompetitif kepada pengguna.

Dalam arena pemprosesan pula, NVIDIA pada minggu ini telah mengumumkan kad GPU NVIDIA GTX TITAN X, dan mereka memasarkannya sebagai kad GPU berkuasa tinggi di pasaran dan menawarkan kualiti grafik yang tinggi kepada pengguna.

Minggu ini juga turut menyaksikan Microsoft mengumumkan beberapa perkara baru untuk sistem operasi mereka, termasuk pengenalan Windows Hello untuk log masuk ke sistem operasi tanpa menggunakan kata laluan, dan turut mengumumkan Windows 10 Technical Preview untuk Xiaomi Mi 4.

Terdapat 3 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. 1. Pendapat saya, kehadiran GPU Titan ialah manifestasi kepada peningkatan keupayaan teknologi pemprosesan grafik berskala tinggi, tetapi pada kadar harga yang lebih rendah, berbanding sebelumnya.

    Solusi Titan ialah alternatif kepada model Tesla. Sungguhpun ditawarkan pada paras harga masih kurang berkemampuan untuk dimiliki bagi kebanyakan pengguna awam, namun ia menjadi petunjuk kontemporari bahawa penurunan harga bagi teknologi GPU sedang berlaku seiringan dengan peningkatan teknologi bagi tempoh selang masa tertentu.

    Ternyata realiti faedah pemindahan teknologi dari SGI kepada pengguna awam melalui solusi GPU sedang berlaku dengan lebih efisyen dari masa ke semasa, berbanding di era tahun 1990-an (yang dianggap mustahil ketika itu). SGI terkenal dengan keupayaan memproses CGI bagi penyediaan kesan khas (special-effect) bagi filem Terminator 2, ketika itu.

    2. @QWERTY

    Tak kisahlah dengan hal joke/prank lebih-kurang tu.

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN