Informasi Teknologi Terkini

Minggu ini menyaksikan acara Facebook F8 mengambil pentas utama, dimana pihak Facebook mengumumkan beberapa perkara baru. Menjadi fokus utama pengenalan ketika acara berkenaan adalah Facebook Messenger yang kini beroperasi sebagai sebuah platform dan membolehkan pembangun lain membangunkan aplikasi untuknya.

Disamping itu, Instagram turut telah memperkenalkan aplikasi baru khusus untuk iPhone, dinamakan sebagai Layouts, selain Twitter yang hadir dengan aplikasi penstriman langsung mereka dinamakan Periscope.

Dalam arena peranti pula, di Malayia Asus Malaysia telah melancarkan dua peranti berasaskan Intel Core M, iaitu Asus Transformer Book Chi dan juga Asus Zenbook UX305. Disamping itu, Microsoft telah mengumumkan Lumia 532 untuk pasaran Malaysia.

Terdapat 2 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN