Cari @ Amanz

Minggu ini Microsoft membuat kejutan dengan memperkenalkan Surface 3 berasaskan kepada cip pemprosesan Intel Atom, serta menjalankan sistem operasi penuh Windows. Ini boleh dikatakan merupakan peningkatan berbanding versi Surface RT sebelum ini, dan ia bakal dijual pada harga bermula RM1878 di Malaysia.

Menjadi fokus utama juga pada minggu ini adalah berkaitan dengan pengenalan GST di Malaysia yang memberikan kesan terhadap harga pelbagai barangan, terutamanya gajet seperti telefon pintar.

Disamping itu, di Malaysia juga, pada minggu ini Samsung Malaysia telah melancarkan Samsung Galaxy S6 secara rasminya di pasaran Malaysia dan akan mula menjualnya bermula 17 April kelak.

Google pada minggu ini turut menambah sokongan bahasa Malaysia untuk perkhidmatan Google Adsense, sekaligus membolehkan para penerbit kandungan tempatan menjana wang pendapatan melaluinya.

Disamping itu, beberapa perkara lain turut telah diumumkan pada minggu ini, termasuk pengenalan aplikasi MeterOn daripada SPAD, dan aplikasi Riff daripada Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd